Apa
fungsi sebuah kelab Alumni?
Pelik tapi benar. Sekolah Menengah Kebangsaan
Mersing atau dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Siapu
merupakan antara sekolah yang tertua di daerah Mersing. Mengikut sumber, sekolah
ini telah beroperasi seawal tahun 1963 lagi.
Sehingga tahun 2009,
setelah Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing beroperasi lebih dari 46 tahun, kita
masih tidak mempunyai suatu badan organisasi untuk bekas pelajar dan
kakitangannya atau lebih senang disebut , Kelab Alumni.
Apakah fungsi
Kelab Alumni?
Antara fungsi Kelab Alumni adalah sebagai penyokong kepada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru(PIBG). Selain itu Kelab Alumni berfungsi untuk
merapatkan jurang antara semua bekas-bekas pelajar dan guru-guru serta badan
PIBG itu sendiri.
Ramai yang salah anggap bahawa Kelab Alumni hanyalah
sebuah badan untuk bekas pelajar berkumpul dan menghubungi rakan-rakan yang
setelah sekian lama terpisah sebaik sahaja tamat persekolahan.
Oleh itu,
saya beserta dengan beberapa orang bekas guru dan bekas pelajar yang sangat
sayangkan Sekolah Menengah Kebangsaan Mersing mengambil inisiatif untuk
menubuhkan Kelab Alumni ini agar ia dapat memberi seberapa banyak sokongan dan
bantuan yang diperlukan oleh pihak sekolah dan pihak PIBG.
Seperti slogan
kata sekolah kita iaitu "Berjaya dan Berbakti". Maka kini kita telah berjaya,
tibalah masa untuk kita berbakti kepada sekolah kita. Mendaftarlah sebagai ahli
sekarang!